At least you can do

Dalam nada apa yang kau perlu suara, kau suarakan. Mungkin itu bisa jadi permulaan pada sesuatu yang baru atau jadi yang terakhir untuk kau nikmati. 

Untuk beberapa hari aku jadi keliru. Keliru sama ada aku perlu simpan atau keluarkan. Dan dalam gelak tawa aku simpan satu masa aku ingin sendiri-sendiri nikmati sekeliling tanpa sesiapa. Sendiri-sendiri lihat langit bintang sambil aku ditemani satu dua lagu yang bisa buat aku ke dunia cipta aku. Sekurangnya aku menanti. Menanti apa aku tak pasti. Menanti kau untuk kembali atau menanti kau untuk pergi? Entah aku tak pasti. Keduanya aku keliru. Yang ada dalam jauh hati adalah cinta. Yang ada dalam pemikiran aku adalah rindu. Keduanya buat aku tak pasti untuk buat apa dengan dunia aku. Dalam banyak-banyak tanya, jawapan aku sama. Yang khilafnya aku. Yang bodohnya aku. Dalam dunia kita berdua, yang cipta sejuta masalah itu aku. Sekurangnya aku mencari salah aku. Sekurangnya aku ucap kata maaf pada kamu. Cuma maaf itu tak didengari atau tidak. Tak dibaca atau tidak. Entah aku tak tahu. Setiap kali aku sendiri, aku pasti catatkan hari-hari aku dalam buku coklat aku. Yang aku ingat untuk hadiahkan pada kau satu hari nanti. Untuk dibaca, untuk ditatap. Sekurangnya aku cuba. Bukan berhenti dan berpura. Berpura tentang kita.


Harapan

"I hate putting so much high hopes, in the end i gets disappointed over and over again"

Entah kalau dicerita pasal harapan. Benda yang dari sejak azali aku tak suka letak setinggi awan. Sebab apa? Aku takut apa yang aku dapat disebalik harapan tu buat aku punah jatuh. Harapan aku dah punah. Impian aku dah lama ditiup angin. Percaya entah aku. Mimpi entah bila bangunnya. Bahagia yang aku rencana kan dah pun isinya dirobek dan tiada. Bangun-bangun rasa sesak tu tak langsung berhenti. Bila aku kata, aku tak mahu harap hubungan yang ada kekal sampai penghujung nyawa. Bilang dia, tak apa, Dia tetap ada sampai bila-bila. Aku seboleh tak mahu percaya. Tapi di asak untuk percaya. Ya, apa hubungan tanpa kepercayaan? Jadi aku percaya. Aku harap aku dan dia sampai ke pelamin sana. Impian aku lakarkan sama dengan dia. Impian aku. Impian dia. Satukan sama. Tapi harapan tu yang bunuh aku perlahan.Aku benci dengan harapan. Aku benci tuk harap yang dia akan ada sampai bila-bila. Aku benci  berharap yang manusia takkan berubah dan jaga hati aku sampai bila-bila. Aku seakan obses dengan dia. Seakan percaya harapan tu akan sentiasa ada dan takkan mati. Masa berjalan. Detik berdetik. Persekitaran ubah sikit demi sedikit. Harapan tu mati. Dia yang aku percaya akan jaga aku, perlahan ditelan persekitaran. Aku bilang entah siapa percaya. Yang aku puja, yang aku tatang dah pergi. Yang aku harap, Yang aku percaya dah pun membenci. Tak apa. Yang seterusnya akan datang, harapan tu semua aku buang lagi. Kata-kata manusia yang beri aku sejuta harapan, aku pijak matikan. Cukuplah. Puisi aku karang punya tempoh. Tempoh sama tamat dengan harapan yang mati dalam diri aku. Mana diri aku yang tak percaya pada harapan. Mana diri aku yang tak percaya manusia takkan berubah. Mana aku?